Friday, December 31, 2010


Pakej Formula Luar Biasa Review


Apakah sebenarnya pakej Formula Luar Biasa?

Formula Luar Biasa 

Ok..pertama sekali..bagi sesiapa yang telah pun membeli pakej Formula Luar Biasa yang dihasilkan oleh En.Mohd Nizam ini..saya yakin anda telahpun memahami dan mengetahui apa yang terkandung di dalam pakej tersebut.

Bagi sesiapa yang belum membeli dan masih tertanya-tanya mengenai pakej ini, jangan risau..saya akan menerangkan satu persatu kepada anda.


Apakah sebenarnya Formula Luar Biasa ini?

Formula Luar Biasa ini sebenarnya adalah satu formula yang anda boleh gunakan untuk 
menjana pendapatan melalui  internet  dan juga gayapos. Bisnes gayapos ini masih tidak digunakan dan dipraktikkan secara meluas di Malaysia..so kebarangkalian untuk anda mendapat keuntungan daripada bisnes gayapos ini adalah amat tinggi.


Apakah yang terkandung di dalam pakej ini?


Selepas anda membuat tempahan untuk pakej ini, anda akan dibekalkan dengan 
ebook FLB dan juga CD yang menerangkan kepada anda secara terperinci mengenai rahsia dalaman, teknik-teknik dan strategi untuk menjana pendapatan dari rumah.

Bolehkah saya buit duit setelah membeli pakej ini?
Ok..setelah saya meneliti secara menyeluruh apa yang terkandung dalam pakej ini, memang betul anda boleh membuat duit! Tapi duit takkan datang begitu sahaja jika anda tiada usaha. Apa yang diajar di dalam pakej ini memang mudah dan senang sekiranya anda betul-betul mengikut satu persatu segala teknik dan strategi yang diajar. Besar kemungkinan anda sudah boleh menjana pendapatan seminggu selepas anda menerima pakej Formula Luar Biasa ini.


Kesimpulannya, pakej Formula Luar Biasa ini memang berbaloi untuk anda beli. Harganya tidak lah seberapa mahal seperti pakej-pakej lain yang terdapat di luar sana. Segala ilmu telah pun diberikan kepada anda untuk memulakan empayar perniagaan anda sendiri. Semuanya terpulang kepada anda. Dengan sedikit usaha sahaja anda mampu untukmenjana pendapatan dari internet dan juga sistem gayapos.

Selamat berjaya!
Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang
tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak
menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa
yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti
mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa
yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.
Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab
mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan
bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,
pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda
menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum
mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak
dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh
seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan
liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang
masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang
keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta
benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan
anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang
daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada
aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit
untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus
mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk
mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup
anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.


Demi Kejayaan Anda,
Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan
KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.

Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

 2005 - 5.0%
 2006 - 5.15%
 2007 - 5.8%
 2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk
tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda
menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran
amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir
satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana.
Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan
seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),
maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah,
boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada
pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki
pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar
7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan
akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang
perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun
dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya
anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang
yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara
fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN
7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar
dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada
menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan
simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.


Harap tips ini dapat menolong anda ;)


Demi Kejayaan Anda,
panduan menjadi top affiliate